19 Oktober 2011

CARA TUKAR BACKGROUND BLOG


Tutorial Cara tukar Background Blog

Ada 2 cara untuk tukar backgroungdblog.

CARA PERTAMA

1. Cari website yang telah menyediakan background design yang cantik2 & Siap dgn header sekali
seperti thecutestblogontheblock. dan pilih design mana yang korg suka.

2. Copy code yang telah disediakan

contoh code dia mcm ni la

3. pergi ke DASHBOARD>DESIGN> ADD A GADGET>HTML/JAVA

4. Paste kan code tu dan klik SAVE

SIAP!!


CARA KEDUA.

-background yang simple( mcm background aku..)

1. DASHBOARD> DESIGN> ADD A GADGET>HTML/JAVA

2. COPY & PASTE CODE ni

<br /><br /><style type="text/css">body {background-image:url("URL BACKGROUND"); background-position: center; background-repeat: repeat; background-attachment: fixed; }</style>
*tukar code tulisan merah dgn URL background korg*

Tutorial Cara tukar Background Blog

Ada 2 cara untuk tukar backgroungdblog.

CARA PERTAMA

1. Cari website yang telah menyediakan background design yang cantik2 & Siap dgn header sekali
seperti thecutestblogontheblock. dan pilih design mana yang korg suka.

2. Copy code yang telah disediakan

contoh code dia mcm ni la

3. pergi ke DASHBOARD>DESIGN> ADD A GADGET>HTML/JAVA

4. Paste kan code tu dan klik SAVE

SIAP!!


CARA KEDUA.

-background yang simple( mcm background aku..)

1. DASHBOARD> DESIGN> ADD A GADGET>HTML/JAVA

2. COPY & PASTE CODE ni

<br /><br /><style type="text/css">body {background-image:url("URL BACKGROUND"); background-position: center; background-repeat: repeat; background-attachment: fixed; }</style>
*tukar code tulisan merah dgn URL background korg*
sape tak tahu yg tak tahu nak cari URL pic klik SINI

3. da dapat? klik SAVE.



.Extra.
 kat sini aku dah  berbaik hati tolong
cari beberapa URL gambar yg cute mute


http://dl3.glitter-graphics.net/pub/264/264393ps0ft3rzze.gif



http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1408/1408005flu8qt6sxn.gif



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/577/577814mxl3lzplgr.gif

sape tak tahu yg tak tahu nak cari URL pic klik SINI

3. da dapat? klik SAVE.



.Extra.
 kat sini aku dah  berbaik hati tolong
cari beberapa URL gambar yg cute mute


http://dl3.glitter-graphics.net/pub/264/264393ps0ft3rzze.gif



http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1408/1408005flu8qt6sxn.gif



http://dl4.glitter-graphics.net/pub/577/577814mxl3lzplgr.gif



copy by : http://husnaohlala.blogspot.com


CARA BUAT KEPALA BLOG


TUTORIAL: Cara Buat header Transparent tanpa Photoshop

Tak semua orang ada software dan pandai guna photoshop tu kan.So, korang tak yahla nak susah hati dok mengidam header cantek-cantek macam orang lain.Sekarang korang boleh wat sendiri! 
assalamualaikum..
di ulangi, SENDIRI! horaayyy~

follow the step carefully okeyh sayang-sayang sume :)
1) korang kena download software ni dulu.. PhotoScape dan Paint.Net 

2) cari gambar cute miut yang korang nak dekat google or website lain,lepas tu save.contohnya macam bawah ni :-


3) bukak Paint.Net,cari File (atas sekali) > Open > pilih gambar butterfly tadi.
bila dah keluar gambar,korang tengok kat bahagian Tool > clik kat Magic Wand(ala..yang macam tongkat magic tu)..lepas tu korang clik kat gambaryang kita nak buang biar jadi tansparent tu(backgound warna putih) dan Cut(simbol gunting).




ok,sekarang nak save pulak.tekan File > Save as > OK. Make sure Save as type adalah PNG.Ni paling penting! kalau tak gambar tu tak jadi transparent..buat penat den ajar,kang tak jadi-jadi pulak! :)

4) sekarang korang bukak PhotoScape pulak.click New Photo dan adjust height dan Width mengikut saiz yang korang nak.


5) okeyh,sekarang masa nak design header korang dah bermula.senyumla sikit~ haha :)
ok, tengok Object kat bawah tu,lepas tu tekan Photo(1) dan pilih gambar butterfly tadi tu. korang boleh adjust gambar(2) tu nak senget sikit ke apa ke..kalau nak tambah  apa-apa ayat tekan Text(3) macam dalam gambar bawah ni.kat situ korang boleh ubah nak text korang ada shadow ke outline ke..ikutla apa cita rasa korang,bila dah puas hati korang Save! :)

*click untuk pembesaran*


6) bila dah save,korang kena ulang step 3 untuk bagi header korang tadi transparent! ingat! yang paling penting korang kene ubah save as type tu kepada PNG!kalau tak menangis la korang sorang-sorang~ huhu :)

 ok,siap! ni hasilnya :)


 7) opz! jab-jab! dah buat penat-penat mesti la nak masukkan dalam blog yer dak? 
LoginDashboardDesign> edit header(page elements)> browse header korang kat Image tu > Save.


yes!siap sepenuhnye!


copy by http://nudtzlovar.blogspot.com/

CARA BUAT BLOG PERMULAAN



Buat Blog Percuma Dengan Blogspot

Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspotdan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
Blogger
Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
Blogger
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
Blogger
Contoh sidebar yang dihasilkan:
bloggero-06

Ok, Sampai di Sini Dulu

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^

Credit 4 : http://sembangkomputer.com/



23 Julai 2011

TAZKIRA: Ramadhan Kembali Khas Untuk Kita






Selamat Datang Bulan Ramadhan…. .
“Marhaban Ya Ramadhan “


Do’a Malaikat Jibril adalah sbb:
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang
berikut:



Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri;

Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum’at...



Tanpa Disadari......


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,



11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,



11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,
saatnya istirahat dalam “perjalanan dunia”
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
Mohon maaf segala khilaf dan salah
bersama kita leburkan kekhilafan

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do’a – do’a
dan kembali menjadi fitrah

Amiiiiiiiin......



**Puok Kito Jange Lalai**

TAZKIRA: Kelebihan Bulan Ramadhan al-Mubarak



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Artikel-artikel lain yang berkaitan:


Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhd
http://www.ashtech.com.my

**Puok Kito Jange Lalai**