10 Januari 2011
Piala Sumbangsih
Piala Sumbangsih akan berlansung 29 januari 2011 antara Kelantan dan Selangor. Bermulanya perlawanan Kelantan menentang Selangor ini, ini bermaksud bermulalah juga liga Piala Malaysia 2011 yang ditunggu-tunggu kebanyakan peminat bola sepak di malaysia. Liga 2011 dijangka akan lebih menarik oleh kerana hampir separuh pasukan-pasukan bola sepak negeri di Malaysia membariskan pemain-pemain berbakat. Strategi yang baik oleh pengurusan dan kelebihan fizikal dan mental para pemain mungkin dapat menjadikan sesebuah pasukan itu akan terkehadapan pada tahun ini.
Persaingan sengit antara beberapa buah negeri mungkin berlaku dalam memastikan kedudukan teratas liga tahun ini. Juara Piala Malaysia tahun 2010 Kelantan diharap dapat menyerap segala tekanan dan saingan daripada pasukan lain bagi memastikan Kelantan terus menjadi pasukan terbaik bagi tahun 2011. Pasukan Selangor, Perak, T-team, Negeri sembilan, Kedah dan Kelantan dilihat seimbang untuk berada 5 pasukan teratas Liga pada tahun 2011 ini.
Sama-samalah kira menyemarakkan arena bola sepak tanah air kita dengan menyokong pasukan pilihan masing-masing. Apa yang perlu kita tahu sukan adalah permainan yang ada menang dan kalah, jangan disebabkan sukan kita saling kutuk mengutuk dan bermusuh..
**sokong biar bijok, puok kita jange lalai...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan